Monday 6 August 2012

Internet oh Internet!!!!!!

Assalamualaikum..

Dah lama orang bercakap mengenai mempunyai blog sendiri. Dan rata-rata orang yang bercakap mengenainya mempunyai blog sendiri. Blog bukan sahaja menjadi tempat untuk mereka meluahkan perasaan, berkongsi idea-idea yang mungkin dapat membantu mereka yang memerlukan idea tersebut. Ada juga yang mengupas isu-isu semasa dengan menyatakan pro & kons sesuatu isu terbabit. Dan sekarang ku lihat ramai yang menggunakan blog sebagai medan untuk mempromosikan bisness bukan sahaja di dalam negara bahkan ke serata pelusuk dunia.

Penggunaan internet semakin meluas bukan sahaja di bandar bahkan di kampung-kampung. Tambahan pula dengan inisiatif kerajaan yang memberikan netbook secara percuma kepada pelajar menambahkan lagi bilangan pengguna internet. Kalau dulu pengguna internet hanya terdiri daripada mereka yang bekerja dan pelajar institusi pengajian tinggi, sekarang tidak lagi. Para pelajar telah didedahkan dengan penggunaan internet sejak dibangku sekolah rendah lagi.

Pertambahan pengguna internet juga disebabkan oleh kewujudan mekanisma baru dalam melayari internet seperti Wifi dan broadband. Kewujudan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet tanpa wayar bukan sahaja memudahkan bahkan menggalakkan pengunaan internet bukan sahaja di rumah tetapi  di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.